Tuesday, July 19, 2016

Rawatan seterusya selepas transfer

Assalamualaikum...

Setelah hampir sebulan berehat untuk Ramadhan dan raya aq telah menggagahkan diri ke Klinik Kesihatan Tanglin untuk memulakan rawatan seterusnya setelah berpindah dari Hospital Sultanah Bahiyah. Alhamdulillah, sangat bersyukur dipertemukan dengan Dr Nurul Aida yang sangat peramah dan para jururawat dan staf disana yang sangat peramah. Kita sebagai PLHIV tidak rasa terasing dan janggal kerana dilayan sama seperti pesakit lain.

Klinik Kesihatan Tanglin nama yang agak asing bagi sesetengah kita. Selama ni aku x pernah tau akan kewujudan nama Tanglin ni. Ingatkan kat negeri lain tetapi rupanya di tengah2 KL je. Senang citer belakang Masjid Negara je pun. Lokasi nya ke dalam sikit tapi senang di akses dengan pengangkutan awam. Kalau naik LRT or Komuter tu bleh turun di stesen Pasar Seni bagi LRT & Stesen Kuala Lumpur bagi Komuter. Pastu jalan kaki ke arah Masjid Negara. Ada laluan berbumbung untuk ke Masjid Negara and ambik masa dalam tak sampai 10minit je. 

Meh aku terangkan skit camne kalo nak dapatkan rawatan di KK Tanglin ni. Untuk kes kita ada bilik khas yang handle and sgt hassle free. Bagi kes baru terus pergi ke Bilik No 9 untuk berjumpa dengan pegawai perubatan yang handle kes RVD ni. Aku dulu jenuh la g register dulu and bila staf tu tanya sakit ape aq cakap RVD je ngn selamba. Paling senang pegi Bilik 9 then dorang akan register kan terus. 

Aku pergi hari Rabu and dalam pukul 10am. So far, untuk kes kita ni akan di berikan nombor berlainan dari pesakit2 lain and kita akan dirujuk kepada Dr Nurul Aida di bilik no 2. Ada 3 jenis warna dan no giliran bagi kes kita ni. Warna aq tak ingat tapi nombor tu aq ingat. Untuk kes baru akan diberi no giliran bermula dengan no 5. normal appointment no bermula dengan 6 dan kes kecemasan no bermula dengan 7. Waktu menunggu pun tak la lama sebab kes kita diasingkan dengan pesakit lain so hanya orang macam kita je yg akan ke blk no 2. 

Aq diberi penerangan tentang penyakit ini dan rawatan2 yang mampu meningkatkan kualiti kesihatan aq. Hasil ujian di hospital sebelum ni aq ok dimana CD4 231 cuma aq ada masalah dengan hati sebab hati aq berlemak. Ada 2 kebarangkalian penyebabnye sama ada sebab aq pernah makan supplement dulu or sebab tubuh badan aq yang sedap2 ni. Almaklumla aq memang  allergic bersenam. 

Selepas dapat consultation dari Dr Nurul Aida, dia menyuruh aq untuk diambil darah bagi CD4 dan ujian sel darah merah sebelum memulakan HAART pada 21/7/2016 ni. Selain itu, Dr Nurul Aida juga menyuruh aq buat Rectal Swab dan Throat Swab untuk check STD. Rasanye STD, HEP B & C aq negative tapi ikut je nasihat Dr. Benda tak perlu bayar pun kan cuma pendaftaran RM1 je.

Harap2 result semua ok la Khamis nanti & aq sangat berharap dapat mula HAART ASAP. Harap xdela sgt effect HAART nanti. Takut jugak pasal effect tu. Rasa cukupla aq bercerita perjalanan rawatan first aq lepas pindah hospital ni. Harap dapatla membantu sapa2 yang perlukan info. Untuk lebih info bleh la email ke sayapositif@yahoo.com. 


Yang benar,

Saya si positif





Saturday, June 4, 2016

CD4 ??




Assalamualaikum pembaca yang budiman,

Rabu lepas ada appointment dengan doc and baru dapat tau bacaan CD4 which was 231. Quite low i guess. Normal CD4 adalah 500 to 1,500 tapi aq kurang dari setengah. So sad. 
CD4 Cells are a type of white blood cells that play a major role in protecting your body from infection.
Apa itu CD4 ?Sel CD4 adalah sejenis sel darah putih atau limfosit. Sel tersebut adalah antara bahagian yang penting dalam sistem kekebalan tubuh manusia. Sel ini juga disebut sel T-4, sel pembantu atau kadang-kala sel CD4+.Selain sel CD4 juga ada sel CD8, yang juga disebut sel T-8 atau sel pembunuh. Sel CD8 itu membunuh sel kanser atau sel yang telah dijangkiti kuman seperti HIV. Sel CD4 dapat dibezakan dari sel CD8 berdasarkan protein tertentu yang ada di permukaan sel tersebut.Sel CD4 mempunyai protein CD4 pada permukaannya. Protein itu bekerja sebagai ‘reseptor’ untuk kuman HIV. Kuman HIV pula mengikat pada reseptor CD4 itu sebagaimana anak kunci dengan mangganya.
A CD4 count is a lab test that measures the number of CD4 cells in a sample of your blood
Your CD4 count helps show how well your immune system is working. The higher your CD4 count, the better able you are to fight HIV and other infections
Diharap diagram diatas dapat membantu pemahaman anda. CD4 setiap penghidap HIV akan dipantau dan semakin tinggi bacaan CD4 semakin baik badan bertindak dan melindungi diri dari sebarang jangkitan. Satu cara untuk meningkatkan bacaan CD4 adalah dengan mengambil ubat HIGHLY ACTIVE ANTIRETROVIRAL THERAPY (HAART) atau ANTIRETROVIRAL THERAPY (ART)


Buat masa ni saya dalam percubaan vitamin selama 2 minggu untuk menyesuaikan diri dengan pengambilan ubat 2 kali sehari. Ubat perlu diambil setiap 12 jam dan TIDAK BOLEH TERLEWAT ATAU TERLUPA. Sekiranya kerap kali terlupa dan terlewat, ini akan menyebabkan virus HIV dalam badan kebal dan HAART tidak mampu melawan virus tersebut. Selepas percubaan vitamin mungkin akan start HAART dah and berharap tak de side effect sangat. Doakan saya ye pembaca yang budiman.

Kita tunggu perkembangan seterusnya minggu hadapan. Harap-harap CD4 tak jatuh menjunam sebab dah ditahap bahaya ni. If bawah 200 akan menyebabkan AIDS pulak. Pape saya akan update lagi kemudian. 

Yang Benar,

Si Positif

Tuesday, May 3, 2016

Stress Reliever - Kumar Show



Jika anda dalam keadaan stress cuba tengok video ni. Confirm anda akan bergelak sakan dengan jokes yang sangat slapstik. Yang penting jangan ambik hati sebab jokes Kumar memang pedasssss dan based on realiti. Don't get offended lah ye. Sekadar hiburan dan saya pasti anda akan kembali ceria dan stress pown hilang. Actually lama la jugak tak update pape & xde idea dah ni so korang layan lah video ni. Ada banyak koleksi Kumar Show ni just browse la kat youtube tu. "She's" such a brilliant stand up comedian in Singapore. Pernah beberapa kali datang Malaysia buat show dia especially kat Zouk. 

P/s: Sorry kalo lambat reply komen sebab quite busy lately. Ada masa InsyaAllah komen anda akan direply.


Yang Benar,

Si Positif

Monday, April 25, 2016

Hati

Image result for jaga hati

Menjaga Hati....

Hati siapa harus dijaga? hati kita? hati orang disekeliling kita atau hati keluarga? 
Inilah persoalan yang sering bermain didalam kotak fikiran apabila berkaitan soal menjaga hati. Hati dan perasaan yang paling utama harus dijaga adalah hati kita sendiri dan keluarga terutama sekali ibu bapa. Banyak pengalaman yang aq tempuh berkaitan menjaga hati ni especially hati kawan-kawan. Adakalanya nak jaga hati kawan sampai hati sendiri terguris. Tapi apakan daya adat berkawan kan ada pahit ada manis. 

Ada juga yang jenis fikir nak orang jaga hati dia je sampaikan semua yang kawan buat salah dan menyakitkan hati dia. Dalam berkawan ni kita kenalah saling tolak ansur. Bukan orang tu berkawan dengan kita seorang je dan sebagai kawan kita kenalah faham. Disebabkan hal kecik kita nak tarik muka dengan kawan sebab tak ajak bila keluar. Ada banyak faktor seseorang tu tak ajak kita mungkin disebabkan kereta tak muat & yang pergi tu kawan rapat yang mereka selesa bersama dengan kumpulan mereka sahaja.
Sentiasa berfikiran positif dalam pergaulan dengan kawan-kawan. Perkara paling penting adalah berfikiran positif dan sentiasa bertolak ansur. Jika perkara ni kita terapkan dalam pergaulan InsyaAllah kawan-kawan akan selesa berkawan dengan kita. Jangan simpan dendam & kebencian dalam hati kerana ia akan memudaratkan diri sendiri. Kita akan dibelenggu kesedihan dan kemurungan pulak nanti. 

P/s: Sorry merepek sikit sebab xtau nak taip ape...saya masih berstatus PLHIV tapi itu bukanlah masalah utk saya sekarang ini. Saya akan sentiasa berfikiran POSITIF dan diharapkan ramai lagi PLHIV akan positif dan ceria. HIV bukanlah pengakhiran suatu kehidupan tetapi permulaan untuk sebuah kehidupan lebih Positif dari pelbagai sudut. InsyaAllah......


Yang Benar,

Si Positif

Saturday, April 23, 2016

Positif

Image result for positive




Positif...


Apa yang bermain di benak fikiran anda apabila berbicara tentang POSITIF? Mungkin ada yang terbayangkan tentang status saya yang HIV Positif kan? Memang benar itu tetapi disebalik positif yang anda bayangkan itu saya cuba terapkan satu lagi makna yang tersirat daripada maksud positif itu sendiri. Email, url blog semuanya saya letak perkataan POSITIF. Saya merupakan seorang penghidap HIV positif dan dalam masa yang sama saya juga sedang menjadi orang yang berfikiran positif. Walaupun saya sakit tetapi saya akan cuba sedaya upaya menjadi positif dimana penyakit tersebut tidak akan membuatkan saya "down" atau sedih. Disebalik semua ini tersimpan seribu satu hikmah dari Allah. Positif yang saya terapkan pada email, blog dan tajuk blog adalah sebagai satu motivasi kepada semua untuk kekal positif dalam apa jua yang anda hadapi dalam hidup ini. 

Ya, kekadang kita akan berasa sedih dan kecewa tentang apa yang kita lalui tapi dengan berfikiran positif dan muhasabah diri InsyaAllah kita akan dapat laluinya. Saya bukanlah seorang motivator tetapi saya akan cuba untuk mengajak semua untuk menjadi positif. Saya bukanlah seorang pesakit HIV yang telah melalui dugaan ini bertahun - tahun tetapi ini merupakan minggu pertama setelah saya disahkan HIV positive dan InsyaAllah saya akan terus istiqamah dan cekal mengharungi hari-hari mendatang walaupown saya sekarang berstatus HIV+. Sebenarnya, tiada apa yang membezakan kita dengan orang lain, semuanya bergantung kepada diri kita untuk menjadi lebih baik daripada yang lain. Pesanan saya, jangan sesekali melupakan Maha Pencipta kerana Allah tidak pernah melupakan hambaNya. Sentiasa mendekatkan diri kepadaNya dan memohon pertolongan dan ampun daripada Allah. InsyaAllah doa kita akan dimakbulkan.

Perkara yang paling penting apabila disahkan anda dijangkiti virus HIV adalah untuk tidak menyalahkan takdir dan sentiasa menjadikannya positif. Walaupun tiada penawar bagi penyakit ini tetapi kita masih ada ubatan untung mengekang virus ini menjadi lebih teruk.Sertailah aktiviti yang bermanfaat dan menyihatkan badan. Jangan terlampau memikirkan tentang perkara ini. InsyaAllah.


Yang Benar,

Si Positif

Friday, April 22, 2016

Keluarga Kekuatanku


Salam budiman,

Setiap orang akan diuji dengan dugaan yang berbeza-beza sesuai dengan firman Yang Maha Kuasa dalam Surah Al-Baqarah.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286)

Oleh itu, kita kenalah selalu berfikiran positif dalam menempuhi dugaan Allah ini. Seperti diri ini yang diuji dengan HIV. Orang mungkin menganggap ini merupakan penamat bagi kehidupan ini tapi bagi aq ini adalah permulaan kehidupan. Disebalik segala ini keluarga terutama ibu dan bapa lah merupakan sumber kekuatanku. Disebalik dugaan ini aq nak memanfaatkans setiap saat dan minit yang ada untuk membahagiakan mereka berdua. Tiada apa yang lebih bermakna dari melihat mereka gembira dan bahagia. At first bila disahkan positif HIV aq rasa sangat menyesal dan hampa sebab ada certain benda yang tak boleh nak penuhi hajat ibu bapa aq sebab aq ada penyakit ni. Tapi demi mereka aq akan cuba atleast membuatkan mereka bahagia dan balas jasa mereka yang berkorban selama ni.

Aq bukanlah datang dari keluarga yang senang walaupown aq membesar dan tinggal di bandar tetapi aq bersyukur mempunyai keluarga yang sentiasa menyokongku. Agak sedih dan ralat juga apabila aq sekarang berstatus PLHIV dan aq teruskan hidup dan berfikiran positif disebabkan mereka. Diharapkan Allah akan kurniakan kemudahan dan kelancaran dalam kehidupan aq agar aq dapat membalas jasa kedua ibu bapa dan adik beradikku. Aq akan sedaya upaya membahagiakan mereka walaupown aq berstatus PLHIV. Biarlah status ini menjadi rahsia daripada mereka sehingga akhir hayat aq sebab xnak mereka susah hati. InsyaAllah aq boleh tanggung semua ni. Amin


Yang Benar,

Si Positif

Thursday, April 21, 2016

Pukulan Hebat dalam hidupku

Assalamualaikum pembaca yang budiman,Ini merupakan blog aq yang baru setelah beberapa tahun tinggalkan dunia blogging.Ini juga merupakan entry sulung ku. Blog ni merupakan diari & peneman aku untuk aq meluahkan ape yang terbuku dihati especially tentang satu perkara yang aq perlu keep it to myself and sesangatla privacy untuk dihebahkan kepada sesiapa terutama sekali keluarga.Tarikh keramat 15 April 2016 merupakan tarikh yang aq akan ingat sampai bila2 dimana hari itulah aq disahkan HIV+. 


Ya, mungkin korang terlopong baca kan tapi nak wat camne dah ketentuan aq mcm ni. Aq tak salahkan sesiapa dalam perkara ni sebab memang salah aq terlalu mengikut nafsu dulu sampai ketepikan tanggungjawab dan kewajipan aq sebagai hambaNya. Dalam masa yang sama, aq bersyukur juga sebab Allah bagi peringatan dan aq masih berpeluang untuk berubah dan taubat sebelum ajal menjemputku. Tak dela nanti nyawa aq dicabut ketika aq masih bergelumang dalam kemaksiatan. 


Disini aq nak citer skit la simptom2 dan tanda2 aq alami sebelum aq menggagahkan diri g hospital buat ujian darah. Kisahnya bermula apabila tiba2 ada satu ketumbuhan mcm jerawat kat dada aq. Aq ingatkan itu cuma jerawat sebab dulu mmg dada aq berjerawat tapi semakin lama semakin sakit lak. Aq pown decide g klinik & doc pown bg la ubat tahan sakit & ubat sapu. Then beransur pulihla ketumbuhan tu tetapi badan  aq rasa lesu, letih dan lemah lak. Semakin hari semakin teruk lak.


Aq pown rasa xsedap hati dengan keadaan tu dan aq teringat yang dulu aq pernah terjumpa website yang jual HIV Rapid test kit online. Aq pown beli la benda alah tu sebab saja2 nak test darah sendiri. Lepas beberapa hari sampai la benda tu & aq pown cuba la buat ujian darah sendiri. Keputusannya adalah POSITIF, mcm mana aq tau itu positif?? 
Korang nampak dua garisan kt HIV Rapid Kit tu x ? Itulah tanda positive.

Aku sangat terkejut ngan result rapid test aq. Time tu aq rasa sangat2 takut dan macam2 bermain dalam kepala aq. Muka yang terbayang dalam kepala aq semestinya parents aq. Terbayang masa depan aq gelap lepas ni. Serious down giler beb. Semenjak dari tu la aq nekad untuk berubah dan tinggalkan semua kisah silam aq dan aq xnak lagi tinggal solat. Sejak dari tu jugak aq banyak baca mengenai HIV untuk dapatkan sebanyak informasi yang boleh. Aq still takut nak g buat ujian kt klinik or hospital untuk sahkan status aq sampaila aq balik cuti mid sem aq pegi la PPUM untuk buat ujian pada 11/4/2016. Aq takut tapi gagahkan diri gak g sana & aq citer sume simtom yang aq ada mcm badan letih n lesu, tekak ada ulcer, lidah rasa kesat and ada mcm putih2 dan kelenjar kt leher aq bengkak. Doc pown amik darah & suruh datang Jumaat. Hari Jumaat tu la aq disahkan positif & doc tu nak rujuk aq kat Infectious Disease(ID) speacilist kt situ tp aq mintak pindah hospital since aq akan balik Kedah habiskan sisa2 study aq kt sana. Doc pown tulis la surat rujukan.


Semalam (20/4/2016) aq pown pegila hospital untuk follow up dan register nak dapatkan rawatan kat hospital tu malangnya surat rujukan yang aq bawak tu xde full report yang hospital tu perlukan. Terpaksalah ambik darah lagi dan tunggu keputusan darah tu lagi 3 minggu. Dalam masa 3 minggu ni janganla ada pape masalah dengan kesihatan ni. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Dalam masa menunggu ni aq banyak baca blog2 PLHIV yang lain atleast aq dapat expect apa yang bakal aq hadapi masa depan dan melalui blog tu jugak aq mampu positifkan diri ni. Ok, cukuplah sampai disini aq membebel. Berjela gak dah ni.muak orang nak baca nnti.


Yang Benar,

Si Positif