Tuesday, July 2, 2019

Klinik Kesihatan Kuala Lumpur Mesra PLHIV

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana aku masih lagi diberikan kesempatan untuk berada di muka bumi ini.

Actually hari ni rasa happy sebab pagi tadi ada appointment dengan doktor dan result nya sangat positif. Bacaan kolesterol menunjukkan penurunan dan Viral Load maintain undetected and CD4 menurun sedikit. Mesti ada yang wonder apa tu CD4 and Viral Load kan? Untuk maklumat lanjut korang boleh baca posting sebelum ni. Tak susah nak cari pun sebab posting aku tak banyak mana pun.

By the way, apa yang aku nak share hari ini adalah mengenai panduan kepada sesiapa yang nak mendapatkan khidmat nasihat, rawatan, ujian Anonymous HIV di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur(KKKL). Untuk makluman korang semua, KKKL merupakan antara beberapa klinik kesihatan mesra HIV. So, korang jangan malu and jangan segan nak dapatkan rawatan, ujian and khidmat nasihat dekat sana okay. Yang penting adalah kesihatan kita. 

Antara Doktor yang aku sangat hormati adalah Dr Narul Aida yang sebelum ini aku dah jumpa dan dapatkan nasihat dengan beliau dari beliau di Klinik Kesihatan Tanglin lagi. Seorang doktor yang sangat motherly I can say. Kita terbuka untuk bercerita dan bertanya pelbagai soalan dengan beliau. Beliau merupakan seorang Pakar Kesihatan Keluarga yang sangat dikenali dan dihormati di Malaysia. 

Sekiranya korang nak berjumpa beliau di KKKL, untuk pertama kali kepada sesiapa yang mempunyai surat rujukan dari mana-mana doktor boleh merujuk ke Bilik 52. Bilik 52 merupakan bilik nurse yang akan melakukan pemeriksaan tekanan darah sebelum kita berjumpa Dr Nurul. Jangan risau sebab nurse di bilik ini sangat terlatih mengendalikan pesakit-pesakit yang memerlukan privacy. Kepada yang tidak mempunyai surat rujukan atau hanya nak buat ujian HIV anonymous, korang cuma perlu dapatkan nombor giliran di kaunter pendaftaran dan hanya sebut nak ke bilik 52. Nurse disana akan berikan nombor giliran dan terus ke bilik 52. 

Setelah itu, korang akan diuruskan oleh nurse di bilik 52 sehinggalah korang dipanggil ke bilik 53 sekiranya perlu berjumpa Dr Nurul. Lokasi bilik 52 dan 53 di sebelah kanan tengah KKKL dan sangat privacy. Privacy anda sangat dijaga. Sekiranya perlu mengambil darah, pihak nurse di bilik 52 akan sediakan borang dan sticker dan darah perlu diambil di bilik pengambilan darah bilik 8 kalau tak silap. Just bagi borang dan staff di bilik tersebut akan ambik darah korang dan settle tanpa banyak soalan. 

Kepada sesiapa yang rasa risau dan takut kalau orang lain pandang semacam dekat korang yang ke bilik 52 dan 53 tu jangan risau sebab bilik tersebut terletak sebaris dengan bilik doktor untuk rawatan biasa dan tiada sebarang label untuk menjaga privacy korang. Tanyalah dan rujuklah Dr Nurul sebaiknya kerana beliau sudi membantu korang. 

Sekiranya korang perlukan apa-apa bantuan dan pertanyaan boleh email aku di sayapositif@yahoo.com