Friday, November 15, 2019

3 TAHUN 7 Bulan SEBAGAI ODHA/PLHIV

Assalamualaikum semua,

Kini genap 3 tahun 7 bulan aq sebagai ODHA/PLHIV. Dulu aku rasakan diri aku sebagai malang kerana ada penyakit ni. Tapi lama kelamaan aq dapat terima hakikat dan bersyukur Allah telah jentik aku dengan penyakit ini untuk aku sedar dari terbuai dengan nikmat dunia dan godaan syaitan. Bukanlah nak kata aku 100% berubah tetapi sedikit demi sedikit aku cuba berubah walaupun sangat payah dan penuh pancaroba.

Dalam masa 3 tahun 7 bulan ini juga aq berjumpa rakan - rakan senasib yang mungkin kisah mereka jauh lebih kesian dari aku. Ada yang pernah dimasukkan ke dalam wad kerana CD4 jatuh mendadak. Aku masih lagi bersyukur kerana dapat kesan awal. Rakan - rakan senasib ini jugalah beri nasihat dan kekuatan untuk aku terus kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Mungkin ini merupakan salah satu penghapus dosa - dosa lampau aku dan aku kini redha dan positif menghadapi hari-hari mendatang.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana selepas aku habis study aku diterima kerja tanpa sebarang masalah dan halangan mengenai status aku dan status ini masih lagi menjadi rahsia untuk diri aku dari keluarga, rakan - rakan dan juga rakan sekerja. Aku lebih selesa untuk tidak mendedahkan perkara ini demi menjaga hati dan juga perasaan ahli keluarga serta tak nak meraka risau dan jatuh sakit jika perkara ini diketahui. Biarlah aku tanggung sendiri kerana aku yang memilih jalan ini dan biar aku saja yang tanggung. Alhamdulillah dari hari ke hari aku menjadi orang yang lebih kuat, positif dan tabah. Rakan - rakan senasib banyak membantu dalam memberi nasihat dan juga berkongsi pengalaman mereka. Bersyukur dipertemukan dengan rakan - rakan senasib tersebut walaupun tak pernah bersua muka tetapi kami sering berinteraksi di dalam group whatsapp. Ada diantara mereka yang sudah berkahwin dan aku tumpang bahagia. Syukur tiada masalah bagi pasangan mereka untuk terima pasangan hidup yang status sedikit berbeza. Inilah kuasa Allah S.W.T. Aku berharap satu masa nanti aku dipertemukan dengan pasangan hidup yang mampu menerima aku seadanya dan mampu susah senang dengan seorang yang bergelar ODHA/PLHIV ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Semoga kalian semua yang senasib mampu mengambil iktibar serta kuat dalam menjalani hidup. Apa yang lebih penting adalah untuk kita makan ubat mengikut waktu serta menjalani hidup yang sihat. Sentiasa memakai pelindung sekiranya berhubungan. Bukan untuk menggalakkan tetapi menjadi tanggungjawab kita untuk tidak menjadikan orang lain sebagai mangsa dan mengalami nasib yang sama seperti kita. Semoga perkara ini menjadi jihad kita dan diterima sebagai amalan oleh Allah taala. 

Kepada yang masih menjalani gaya hidup bebas tetapi masih terselamat, sila berhati - hati juga dan sentiasa memakai pelindung demi menjaga masa depan anda. Mungkin kita rasa pasangan kita bebas dari sebarang penyakit tetati mencegah lebih baik dari mengubati. Sentiasa menjalani pemeriksaan HIV dan STD berkala. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan dari rakan-rakan outreach MSM dan juga nasihat doktor. Anda boleh ke klinik - klinik kesihatan yang mesra dengan layanan untuk mendapatkan bantuan bagi ujian HIV. Jangan malu untuk pemeriksaan kesihatan kerana anda akan menjadi malu sekiranya sudah terjebak dengan virus HIV nanti.

Akhir kalam dari saya, jalani hidup sihat tetapi sentiasa berhati-hati dalam melakukan hubungan kerana luaran tidak sama seperti dalaman dan sentiasa memakai pelindung demi menjaga masa depan. 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila berhubung melalui email aku di sayapositif@yahoo.com

Assalamualaikum!

Tuesday, July 2, 2019

Klinik Kesihatan Kuala Lumpur Mesra PLHIV

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana aku masih lagi diberikan kesempatan untuk berada di muka bumi ini.

Actually hari ni rasa happy sebab pagi tadi ada appointment dengan doktor dan result nya sangat positif. Bacaan kolesterol menunjukkan penurunan dan Viral Load maintain undetected and CD4 menurun sedikit. Mesti ada yang wonder apa tu CD4 and Viral Load kan? Untuk maklumat lanjut korang boleh baca posting sebelum ni. Tak susah nak cari pun sebab posting aku tak banyak mana pun.

By the way, apa yang aku nak share hari ini adalah mengenai panduan kepada sesiapa yang nak mendapatkan khidmat nasihat, rawatan, ujian Anonymous HIV di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur(KKKL). Untuk makluman korang semua, KKKL merupakan antara beberapa klinik kesihatan mesra HIV. So, korang jangan malu and jangan segan nak dapatkan rawatan, ujian and khidmat nasihat dekat sana okay. Yang penting adalah kesihatan kita. 

Antara Doktor yang aku sangat hormati adalah Dr Narul Aida yang sebelum ini aku dah jumpa dan dapatkan nasihat dengan beliau dari beliau di Klinik Kesihatan Tanglin lagi. Seorang doktor yang sangat motherly I can say. Kita terbuka untuk bercerita dan bertanya pelbagai soalan dengan beliau. Beliau merupakan seorang Pakar Kesihatan Keluarga yang sangat dikenali dan dihormati di Malaysia. 

Sekiranya korang nak berjumpa beliau di KKKL, untuk pertama kali kepada sesiapa yang mempunyai surat rujukan dari mana-mana doktor boleh merujuk ke Bilik 52. Bilik 52 merupakan bilik nurse yang akan melakukan pemeriksaan tekanan darah sebelum kita berjumpa Dr Nurul. Jangan risau sebab nurse di bilik ini sangat terlatih mengendalikan pesakit-pesakit yang memerlukan privacy. Kepada yang tidak mempunyai surat rujukan atau hanya nak buat ujian HIV anonymous, korang cuma perlu dapatkan nombor giliran di kaunter pendaftaran dan hanya sebut nak ke bilik 52. Nurse disana akan berikan nombor giliran dan terus ke bilik 52. 

Setelah itu, korang akan diuruskan oleh nurse di bilik 52 sehinggalah korang dipanggil ke bilik 53 sekiranya perlu berjumpa Dr Nurul. Lokasi bilik 52 dan 53 di sebelah kanan tengah KKKL dan sangat privacy. Privacy anda sangat dijaga. Sekiranya perlu mengambil darah, pihak nurse di bilik 52 akan sediakan borang dan sticker dan darah perlu diambil di bilik pengambilan darah bilik 8 kalau tak silap. Just bagi borang dan staff di bilik tersebut akan ambik darah korang dan settle tanpa banyak soalan. 

Kepada sesiapa yang rasa risau dan takut kalau orang lain pandang semacam dekat korang yang ke bilik 52 dan 53 tu jangan risau sebab bilik tersebut terletak sebaris dengan bilik doktor untuk rawatan biasa dan tiada sebarang label untuk menjaga privacy korang. Tanyalah dan rujuklah Dr Nurul sebaiknya kerana beliau sudi membantu korang. 

Sekiranya korang perlukan apa-apa bantuan dan pertanyaan boleh email aku di sayapositif@yahoo.com

Sunday, June 23, 2019

Kembali Selepas Lama Menyepi

Assalamualaikum semua sahabat yang positif.

It's been so long aku menyepi dari update blog ni. Actually tak ada la apa yang merisaukan pun dalam masa menyepi ni. Just dulu busy habiskan study and ulang alik dapatkan rawatan je. Alhamdulillah, since my last posting dah masuk 3 tahun pun aq menjadi seorang positif.

Dalam masa 3 tahun dah berapa kali dah ulang alik jumpa doktor. Tak terkira dah..hehe...Diagnosed di PPUM, then transfer ke Hospital Sultanah Bahiyah sebab study lagi then bila habis study transfer lak ke Klinik Kesihatan Tanglin then the latest one ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur lak because my doktor transfer ke sana.

Alhamdulillah, tempat follow up sekarang lebih besar and selesa. Anyhow, still kena jaga privacy kita sebab tempat nya ramai orang unlike Klinik Kesihatan Tanglin. Berbalik kepada keadaan aku sekarang ni Alhamdulillah Viral Load dah <20 which means dah undetected = untransmittable. CD4 plak Alhamdulillah dah 500>. Untuk CD4 ini consider dah normal. But, apa yang penting is actually the Viral Load (VL) yang menentukan berapa jumlah virus yang ada dalam badan. Lagi tinggi VL, lagi aktif dan kebarangkalian berjangkit sangat tinggi.

Within this few years, aku berulang alik berjumpa doktor dan kenal beberapa orang yang senasib. Macam-macam kisah dan pengalaman dikongsi dan Alhamdulillah dorang sangat baik dan supportive. Ada yang dah kahwin pun sekarang ni. Dorang dari pelbagai background dan kerjaya. Bersyukur dipertemukan dengan dorang. Ada jugak kawan untuk berkongsi rasa dan dapatkan nasihat.

Aku akan cuba update blog ni untuk korang semua baca pengalaman dan jugak komen segala pertanyaan dan cadangan. Btw, aq dah 2 tahun kerja dan Alhamdulillah so far tak ada masalah dengan status aku ini. Apa yang penting is ikhlas dengan kerja kita dan jangan jadikan status ni untuk kita rassa down and kurangkan prestasi kerja.

I guess sampai sini je kot dulu. for those yang perlukan apa-apa bantuan nasihat dan pandangan can always  komen or email aq di sayapositif@yahoo.com